TERKINI
Home » » LOGO. MOTTO ,VISI & MISI

LOGO. MOTTO ,VISI & MISI

Written By Cik Admin on Tuesday, 21 May 2013 | 20:57

 
 
 

Logo
Pada 21 Mei 2013 Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Angkatan Islamiah Malaysia telah memutuskan untuk menggunkan logo ini bagi semua urusan rasmi dan sebagai simbol bagi pertubuhan NGO ini.Logo ini telah direka oleh saudara Wazer Editor dan bekerjasama dengan semua ahli jawatankuasa dalam mereka logo ini.

Warna :
  1. Putih melambangkan kesucian Islam itu sendiri , putih, bersih dan keikhlasan dalam diri seseorg untuk berjihad je jalan Allah.
  2. Hijau sinonim dengan warna Islam. Ia juga melambangkan kesuburan di mana setiap benih itu perlu kepada baja dan perhatian lain yang penuh dalam menghasilkan akar-akar yang sihat dan InsyaAllah akan menghasilkan pula pohon-pohon yang subur lagi bermanfaat. Hijau juga adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerana apa, kerana minda sepatutnya berkembang dan membangun seperti simbol Hijau yang lain iaitu alam dan perkembangan. Minda manusia sepatutnya juga begitu. Ia patut berkembang dan berevolusi seperti ciptaan ALLAH yang lain. Jangan biarkan ia beku kerana ia seperti menolak fitrah ciptaan ALLAH.
  3. Gambar tangan bersalam juga melambangkan perpaduan, kemaafan dan silaturrahim antara saudara Islam tidak akan terputus.

Matlamat Penubuhan:


Membentuk dan mendidik umat islam untuk bersatu padu demi mengukuhkan kedudukan agama Islam yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Motto:

Satu Syahadah. Satu Kiblat. Satu Ummah

Visi PAIM:

Bertekad untuk menyatupadukan seluruh umat Islam demi kesejahteraan sejagat dan mendapat keredhaan Allah swt,berteraskan Iktikad golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Misi PAIM:

Meningkatkan kefahaman masyarakat Islam mengenai kepentingan perpaduan melalui cara hidup yang menekankan akhlak mulia, kasih sayang, hidup bersama dan bersatu setia berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Objektif:

1.Memupuk perpaduan di kalangan umat Islam.

2.Menyediakan program ilmiah dan menerapkan kepentingan perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan umat Islam.

3.Membentuk umat Islam yang berilmu dan mengamalkan ajaran Islam yang berteraskan Al-Quran dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

4.Mewujudkan suasana yang mendorong kepada persefahaman dikalangan umat Islam.

5.Memelihara agama Islam, maruah umat Islam dan negara
Share this article :

0 comments:

TERKINI

Recommended Post Slide Out For Blogger

Join us on Facebook

Please wait..10 Seconds Cancel
 
SOKONG TEAM PAIM | SITEMAP | IKLANEKA
Copyright © 2013-2014. PAIM Web| Peneraju Islam Sejagat - All Rights Reserved
Sesuai dilayari dengan Mozilla Firefox versi 3.0.19 ke atas
Proudly powered by Blogger | Sign In Laman web di selenggara olehPAIM Rasmi