TERKINI

TERKINI!!

Umno perlu jadikan hudud di Kelantan penyatuan umat Islam, kata Isma

Written By Cik Admin on Tuesday, 22 April 2014 | 20:16

Umno perlu jadikan hudud di Kelantan penyatuan umat Islam, kata Isma


Hasrat kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hukum Islam di negeri itu perlu dijadikan permulaan "penyatuan umat Islam" di negara ini oleh Umno, kata Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).
Timbalan Presiden Isma, Aminuddin Yahaya (gambar) berkata, Umno perlu membuktikan kepada rakyat bahawa mereka serius inginkan Islam dengan menyokong rang undang-undang yang dikemukakan PAS negeri Kelantan.
“Jika tidak, Umno akan dianggap parti yang hanya sekadar retorik dan mempersendakan Islam demi politik.
“Bahkan lebih daripada itu, Umno juga dianggap tidak akan lagi relevan kepada orang Melayu,” katanya dipetik kenyataan di laman web pertubuhan bukan kerajaan itu, di Kuala Lumpur.
Kerajaan negeri Kelantan sebelum ini dilaporkan berkata, akan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata, pihaknya kini membuat persiapan dan akan memilih sesi yang sesuai di Parlimen untuk mengemukakan rang undang-undang tersebut  bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman itu sebagaimana diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Aminuddin berkata, Isma menyokong penuh cadangan kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hudud.
“Ini sangat sesuai dengan matlamat perjuangan Islam PAS dan mengharapkan ia langkah awal kepada pelaksanaan Islam sepenuhnya di negara ini,” katanya.
Beliau turut berharap, tindakan yang dilakukan Kelantan itu akan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.
Beliau berkata, langkah itu  menjadi cabaran kepada kerajan Kelantan untuk memastikan perundangan Islam benar-benar membawa perubahan kepada seluruh kehidupan masyarakat

Hukum Sedekah Kepada Bukan Islam


Firman Allah (maksudnya): “Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang tidak beriman) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturanNya). Dan apa jua harta yang baik yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang baik, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan”. (Surah al-Baqarah ayat 272) 

Ibn Kathir mentafsirkan ayat di atas bahawa, pemberian sedekah boleh kepada sesiapa sahaja, sama ada muslim atau bukan muslim , orang soleh atau tidak, tetap mendapat pahala dari sisi Allah selagi tujuannya mencari keredhaan Allah. (Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/476, Saudi: Dar ‘Alam al-Kutub)

*

Benar kata orang

Written By Admin PAIM on Sunday, 6 April 2014 | 02:44


Cinta sebelum kahwin sememangnya mampu mengundang kepada lembah penzinaan. Hati mula lalai terhadap suruhan dan perintah Allah. Perlahan-lahan hati ini ditipu oleh syaitan. Niat pada awalnya ingin membimbing seorang wanita perlahan-lahan hanyut ke lembah penzinaan.

Puas ibu menasihati agar menjaga tingkah laku dan perbuatan apabila keluar bersama teman wanita yang aku merasakan kononnya bakal menjadi menantu kepada ibu. Solat yang pada dahulunya dilakukan pada awal waktu mula berubah kepada penghujung waktu kerana leka dengan berbalas pesanan mesej ringkas. Majlis-majlis agama yang dahulunya dihadiri mula ditinggalkan kerana ingin ber-chatting dengan teman wanita di laman sosial.

Tiada lain yang difikirkan melainkan hanya teman wanita sehinggalah pada suatu tahap hati ini mula sesak dengan desakan nafsu dan dosa. Percintaan yang pada dahulunya indah mula berubah menjadi hambar. Pergaduhan kerap berlaku yang akhirnya membawa kepada perasaan cemburu yang meluap-luap.

Syaitan benar-benar telah berjaya mengambil alih hati ini untuk dikuasai. Tiada lagi ayat-ayat Al-Quran yang dahulu kerap diamalkan. Hidup menjadi tidak tenang. Terasa seperti ada dua aliran di dalam hati. Hati ini semakin sesak dan lemas dengan dosa-dosa yang dilakukan.

Aku tekad untuk memutuskan hunungan yang sudah terjalin selama dua tahun ini kerana Allah Taala. Aku tidak mampu lagi hidup dengan penuh dosa dan noda. Jauh di sudut hati, ini bukanlah cinta yang diredhai Allah. Jauh sudah aku tinggalkan seorang wanita yang pernah hadir dalam diri aku. Aku membawa diri jauh daripada “lembah kemasyhuran” yang pernah aku tempuhi suatu masa dahulu.

Biarlah aku bersendiri daripada hidup penuh dengan noda dan dosa. Tidak susah bagi aku untuk kembali kepada yang Maha Esa. Kini aku melihat kawan-kawan lain “berbahagia” bersama pasangan luar nikah masing-masing tetapi aku merasakan lebih bahagia bersama-sama dengan Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Benar kata orang. Allah knows what’s best for us! Ada sebab mengapa Allah menyuruh kita menjauhi zina. Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
(Surah al-Israa’, ayat 32)

Wallahu’alam.

Rasionalisasi subsidi diteruskan bagi jamin kesejahteraan rakyat – Najib

Written By Admin PAIM on Tuesday, 1 April 2014 | 00:44

OB-HZ760_1najib_G_20100331110328
KUALA LUMPUR, 1 April – Hasil diperoleh daripada pelaksanaan rasionalisasi subsidi akan disalurkan kepada peruntukan pembangunan negara untuk kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata ia juga bagi menampung untuk projek tambahan terutama di Sabah dan Sarawak.
“Apabila ‘revenue base’ (asas hasil) bertambah, banyak projek termasuk pembangunan infrastruktur dapat dilaksanakan. Kerajaan komited meneruskan rasionalisasi subsidi bagi membantu melonjak ekonomi negara.
“Peruntukan pembangunan setahun sekarang dalam lingkungan RM46 bilion, dan subsidi dan insentif sudah cecah RM43 bilion tahun lepas. Sudah tentu ini satu belanja yang berat sebelah, oleh itu, adalah wajar kerajaan laksanakan rasionalisasi subsidi secara mampan,” katanya.
Najib berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang ingin tahu adakah kerajaan akan meneruskan rasionalisasi subsidi dan apakah langkah-langkah yang diambil, dalam persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Najib berkata subsidi sebelum rasionalisasi ini diberikan secara pukal sehinggakan berlaku banyak pembaziran dan ketirisan serta menguntungkan golongan pendapatan tinggi melebihi golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.
Untuk itu, katanya, kerajaan kini memberikan subsidi bersasar kepada kelompok yang memerlukan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sedang mengkaji langkah-langkah untuk penambahbaikan bantuan ini.
Kepada soalan tambahan Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Najib berkata: “Dalam melaksanakan rasionalisasi subsidi, kerajaan mesti menentukan sistem Jaringan Keselamatan Sosial diperkukuhkan bagi menjaga kebajikan agar golongan berpendapatan rendah tidak merasai tekanan hidup sebab kenaikan perbelanjaan yang dialami mereka.”
Tan ingin tahu apakah falsafah yang digunakan oleh kerajaan semasa melaksanakan rasionalisasi subsidi.
Menerusi subsidi ini, Najib berkata perbelanjaan yang dijimatkan oleh kerajaan, sebahagiannya akan diperluaskan dalam bentuk jaringan keselamatan sosial untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta melindungi kesejahteraan rakyat.
Hakikatnya, Najib berkata sebahagian daripada penjimatan rasionalisasi subsidi juga akan digunakan bagi membiayai perbelanjaan pembangunan yang dapat meningkatkan kapasiti produktif negara seperti pembinaan infrastruktur pengangkutan termasuk jalan-jalan luar bandar dan bandar, hospital dan perumahan.
Selain itu, katanya, dengan adanya penjimatan itu, kerajaan akan dapat membina lebih banyak sekolah dan institusi pendidikan serta latihan yang amat diperlukan dalam pembangunan modal insan.
Kepada soalan asal Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) mengenai langkah kerajaan menstrukturkan semula ekonomi negara termasuk rasionalisasi subsidi, Perdana Menteri menjelaskan kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan Program Transformasi Fiskal (FTP) bagi mengukuhkan kemampanan kedudukan kewangan negara termasuk mengurangkan defisit fiskal dan hutang negara serta menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dan holistik.
“Semestinya, langkah transformasi fiskal ini termasuk rasionalisasi subsidi adalah untuk meningkatkan kecekapan perbelanjaan dan pengagihan sumber kewangan kerajaan.
“Malaysia mengambil pendekatan secara beransur-ansur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan pada masa sama, berupaya mengekalkan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Perdana Menteri menerangkan langkah rasionalisasi subsidi adalah perlu kerana perbelanjaan subsidi semakin meningkat selari dengan peningkatan harga minyak mentah dunia dan pertambahan jumlah bilangan kenderaan.
Misalnya, katanya pada tahun 2010, kerajaan telah membelanjakan RM23.1 bilion atau 15 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus untuk membiayai subsidi, bantuan dan insentif.
“Pada tahun lepas pula, hanya dalam tempoh tiga tahun sahaja, jumlahnya telah meningkat kepada RM43.4 bilion atau 21 peratus daripada belanja mengurus.
“Pemberian subsidi yang begitu besar akan menjejaskan kedudukan kewangan negara dan menyebabkan ia tidak mampan dalam jangka masa panjang,” katanya.
Sehubungan itu, Najib berkata pembaharuan fiskal adalah penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan dan memastikan sasaran defisit fiskal pada paras 3.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini, 3 peratus pada tahun 2015 dan bajet berimbang pada tahun 2020 tercapai.
Najib berkata kerajaan terus komited bagi memastikan paras hutang negara sentiasa tidak melebih 55 peratus daripada KDNK dan menjamin kemampanan fiskal jangka panjang negara.
“Langkah rasionalisasi subsidi telah dilaksanakan secara berhati-hati bagi memastikan kesan yang minimum dan tidak membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah.
“Pelaksanaan rasionalisasi subsidi juga mengambil kira pelbagai aspek termasuk kadar inflasi, kos sara hidup dan kedudukan ekonomi global semasa serta mekanisme sasaran,” jelas beliau.
Secara keseluruhan, Najib berkata langkah rasionalisasi subsidi dan bantuan terus menunjukkan keseriusan kerajaan untuk melaksanakan pelbagai langkah pembaharuan, bagi memastikan negara mencapai status negara maju berpendapatan tinggi dengan rakyat dapat menikmati kualiti hidup lebih baik. – BERNAMA

MH370: Ustaz Darul Manzil Mimpi Lagi (Penumpang Berada di Pulau)


Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung. 

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama…… (KLIK SINI)

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal… 

Saya tersedar..
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..

---------------------
PERINGATAN…!!

Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..


TERKINI

Recommended Post Slide Out For Blogger

Join us on Facebook

Please wait..10 Seconds Cancel
 
SOKONG TEAM PAIM | SITEMAP | IKLANEKA
Copyright © 2013-2014. PAIM Web| Peneraju Islam Sejagat - All Rights Reserved
Sesuai dilayari dengan Mozilla Firefox versi 3.0.19 ke atas
Proudly powered by Blogger | Sign In Laman web di selenggara olehPAIM Rasmi